TAWAU : Seorang lelaki maut selepas ditikam dan ditetak anak lelakinya di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sungai Gading 1 Wakuba, Batu 15, Jalan Apas, dekat sini awal pagi tadi.
Mangsa, Ali Nordin, 56, meninggal dunia ditempat kejadian akibat kecederaan parah selepas ditikam dileher selain ditetak di kepala menggunakan parang panjang susulan kejadian kira-kira jam 3.10 pagi itu.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran dan perselisihan faham antara saspek (anak) dengan simati (bapa) yang berlarutan sehingga saspek bertindak menikam leher dan menetak kepala bapanya menggunakan parang.
"Saspek kemudiannya bertindak menikam perutnya sendiri sebelum dihantar ke Hospital Tawau untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Saspek kini masih ditahan di wad kecemasan kerana mengalami pendarahan yang teruk pada bahagian perut," katanya dalam kenyataan di sini, sebentar tadi.
Fadil berkata, siasatan polis juga mendapati suspek disyaki dibawah pengaruh dadah semasa kejadian manakala suspek akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, polis turut merampas sebilah parang panjang berukuran 28 inci, pisau 10 inci, buah telefon bimbit, dan satu botol minuman berkarbonat.
© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve