TAWAU: Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 3,000 bungkus rokok seludup dalam sebuah kereta di kawasan Batu 3, Jalan Apas, dekat sini malam tadi.
Rokok seludup dipercayai dari negara jiran yang dianggarkan bernilai RM40,000 itu dirampas dalam operasi OP Landai, kira-kira jam 10.30 malam.
Pemangku Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Superintendan Norzaid Mohammad Said, berkata sepasukan lima anggota Unit Risikan PPM yang membuat tugas OP Landai dan pemantauan aktiviti penyeludupan telah terserempak dengan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.
"Sebaik menyedari kehadiran polis, pemandu PROTON Saga memecut sebelum dikejar polis hingga berlaku pelanggaran antara kereta suspek dengan kenderaan PPM.
"Suspek kemudian memberhentikan kereta sebelum melarikan diri. Pemeriksaan lanjut ke atas kereta itu menemui plastik hitam yang mengandungi rokok seludup pelbagai jenama.
"Kereta dan barang rampasan dibawa ke Pejabat PPM Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kastam 1967," katanya.
-BHONLINE
© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Tiada ulasan:
Catat Ulasan