SEMPORNA: Seorang pelancong lelaki warga China ditemui lemas di Pusat Menyelam Resort Sipadan Water Village (SWV) Pulau Mabul dekat sini pagi tadi.
Mayat Shen Dong, 26, ditemui oleh pengawal keselamatan pusat peranginan berkenaan kira-kira jam 11.50 pagi.
Bantuan kecemasan (CPR) telah dibuat sebaik mayat mangsa dibawa ke permukaan, bagaimanapun pelancong tersebut didapati tidak lagi bernafas.
Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Peter Anak Ambuas, berkata mangsa disahkan meninggal sebelum sampai di Hospital Semporna.
Menurutnya, mangsa bersama enam rakannya telah datang menginap di pusat peranginan tersebut kira-kira jam 10.00 pagi sebelum melakukan aktiviti berenang.
"Siasatan awal polis mendapati, ketika kejadian mangsa dipercayai sedang berenang tanpa menggunakan jaket keselamatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan