TAWAU : Dua beranak ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas dipercaya melakukan aktiviti pengeluaran kayu bakau tanpa permit di kawasan Sungai Merotai dekat sini kelmarin.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua lelaki berkenaan masing-masing berusia 21 dan 53 tahun yang juga penduduk tempatan ditahan untuk siasatan di bawah Enakmen Perhutanan 1963.
Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan kira-kira jam 7.30 malam selepas sepasukan anggota PPM terserempak bot yang digunakan suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan menemui 18 batang kayu bakau bersama sebilah kapak dalam perahu tersebut dipercayai digunakan untuk menebang pokok bakau secara haram.
"Kesemua rampasan dianggarkan bernilai RM13,970.00 dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan