TAWAU: Cubaan seorang lelaki memecah mesin ATM di sebuah pasar raya di sini, gagal apabila diberkas selepas kegiatannya disedari pengawal keselamatan, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, cubaan suspek berbuat demikian disedari pengawal keselamatan yang bertugas.
Menurut sumber, suspek yang berusia 27 tahun itu dipercayai telah memotong kabel penggera sebelum cuba membuka bahagian depan mesin berkenaan dengan pemutar skru.
"Suspek dipercayai telah memotong kabel penggera keselamatan dan cuba untuk membuka penutup bahagian hadapan mesin ATM itu tetapi ditangkap pengawal keselamatan pasar raya berkenaan.
"Suspek juga bertindak agresif dengan cuba melarikan diri dan bergelut dengan pengawal keselamatan namun berjaya ditangkap sebelum diserahkan kepada polis kira-kira jam 6.30 pagi," katanya kepada BH di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.
-BH online
© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve