Sabtu, 8 April 2017

SPRM tahan inspektor polis disyaki rasuah

LAHAD Datu : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Lahad Datu menahan seorang pegawai polis lelaki berpangkat Inspektor kerana disyaki meminta dan menerima rasuah lima tahun lalu.


Suspek berusia 37 tahun itu disyaki meminta rasuah untuk tidak menghadapkan seorang pemandu treler ke mahkamah bagi tuduhan melibatkan kes kemalangan maut pada tahun 2012.
 
Inspektor itu ditahan di pejabat trafik, IPD Lahad Datu kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Menurut sumber, kes kemalangan itu berlaku pada Februari 2012 yang
mengakibatkan kematian seorang orang awam dan mencederakan seorang lagi.

Difahamkan, selepas siasatan dijalankan, pemandu treler itu sepatutnya dikenakan saman dan tidak ada arahan untuk menuduhnya di mahkamah.

Bagaimanapun, suspek telah mengambil kesempatan dan meminta wang rasuah
RM3,500 daripada pemandu treler itu kononnya supaya dia tidak dituduh dan
dijatuhkan hukuman penjara.

Pengarah SPRM Sabah Dato’ Sazali Salbi ketika dihubungi mengesahkan
tangkapan itu dan suspek akan direman esok untuk membantu siasatan. -Bernama





© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Tiada ulasan:

Catat Ulasan