Sabtu, 1 April 2017

Ambulan kemalangan

TAWAU : Sebuah ambulan yang membawa pesakit terbabit dalam satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat Takada kira-kira 2.50 petang tadi.



Difahamkan ketika kejadian, ambulan tersebut dalam perjalanan membawa pesakit dari hospital Kunak menuju ke hospital Tawau sebelum tiba di lokasi kejadian lalu merempuh sebuah kereta Toyota Vios yang secara tiba-tiba memasuki laluan ambulan berkenaan.

Pemandu ambulan bersama dua jururawat termasuk pesakit dan seorang penumpang dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan manakala tiga penumpang Vios termasuk pemandu hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, dalam satu kenyataan disini berkata, siastan lanjut masih dijalankan.





© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Tiada ulasan:

Catat Ulasan