TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menahan seorang lelaki dan merampas kira-kira 1200 pasang kain batik dan 240 botol losyen yang dianggarkan bernilai RM23,520.00 yang dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 4.13 pagi itu, suspek warga tempatan berumur 20 tahun itu enggan memberikan kerjasama dan bertindak cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran pihak Maritim Malaysia sebelum berjaya dipintas di kawasan perairan Tawau.
Pengarah Maritim Daerah Tawau (DM18), Kepten (M) Romli Mustafa, berkata pemeriksaan kemudiannya mendapati suspek membawa muatan kain batik jenama ‘Amanda’ dan ‘Doa Ibu’ berjumlah 1200 helai serta losyen jenama ‘Vienna’ berjumlah 240 botol tanpa dokumen yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
"Kesemua barang yang dirampas itu disyaki cuba diseludup masuk ke Daerah Tawau melalui kawasan perairan Sungai Hj. Kuning, Pulau Sebatik Indonesia untuk dipasarkan disini," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Romli berkata suspek dan barang yang dirampas dibawa ke Jeti APMM Tawau untuk untuk siasatan lanjut di bawah Akta Kastam 1967 dan Akta Racun 1952.
© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve.
© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan