Isnin, 27 Februari 2017

POLIS KUNAK TAHAN 2 WARGA ASING DISYAKI PEMBUAT DAN PENJUAL BOM IKAN

KUNAK : Polis Kunak menahan dua lelaki warga asing kerana disyaki pembuat dan penjual bom ikan di kawasan penemptan pinggir laut di Kampung Kunak 3 dekat sini petang semalam.


Kedua-dua suspek warga Filipina masing-masing berumur 25 dan 30 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dalam dua tangkapan berasingan. 

Suspek pertama ditahan ketika sedang memikul sebuah karung guni dalam keadaan mencurigakan dikawasan berkenaan kira-kira 7.05 petang. 

Ketua Polis Daerah Kunak, Supretendan Mohd Nasarudin M. Nasir berkata, saspek cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran pihak polis namun berjaya ditangkap. 

"Suspek tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan hasil soal siasat serta pemeriksaan lanjut ke atas karung guni didapati mengandungi baja urea dianggarkan seberat 25 kilogram dipercayai digunakan untuk membuat bom ikan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu polis kemudiannya menjalankan serbuan kira-kira 2.30 pagi di dua buah rumah berdekatan dan menahan seorang lagi suspek sebelum menemui satu botol bom ikan yg telah siap untuk digunakan, selain sumbu, mancis, wayar, dan lima unit detanator serta peralatan lain.

Polis juga terpaksa mengharungi air laut yang sedang pasang selepas jambatan di perkampungan air tersebut telah dirobohkan oleh penduduk bagi mengelak daripada diserbu oleh pihak berkuasa.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan saki baki pembuat dan penjual bom ikan di daerah ini dan kes disiasat dibawah seksyen 8 Akta bahan letupan 1957," katanya.

Sabtu, 25 Februari 2017

ESSCOM SERIUS TANGANI MASALAH KESELAMATAN DI ESSZONE



LAHAD DATU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) komited dan serius menangani pelbagai masalah keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

Komander ESSCOM,  Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, ESSCOM yang terdiri daripada gabungan pelbagai agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta disokong oleh bahagian Awam sentiasa memastikan keselamatan pantai timur Sabah berada ditahap yang terbaik.

“Pelbagai langkah-langkah pencegahan telah diambil termasuk mewajibkan semua bot-bot nelayan dan pelancongan mempunyai sistem perhubungan dan komunikasi seperti pemasangan sistem pengesanan automatik (AIS) dan radio VHF supaya mereka boleh melaporkan dengan segera sekiranya berlaku kecemasan seperti kes penculikan ataupun kejadian bot karam di lautan. 

“Walaupun tiada undang-undang yang mewajibkan pemasangan AIS namun atas faktor keselamatan, kita nasihat semua pengusaha bot pelancongan dan bot nelayan laut dalam memasang alat komunikasi berkenaan untuk keselamatan mereka”, katanya ketika berucap merasmikan Majlis Pertemuan ESSCOM dengan Masyarakat Kampung Tinagian, Felda Sahabat dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekuitf ESSCOM Noor Alam Khan A. Wahid Khan, Timbalan Komander ESSCOM Brig. Jen. Hamdan Ismail, Ketua Staf Bahagian Pusat Operasi ESSCOM Brig. Jen. Dato’ Md. Rahim Hj. Mohamad, Ketua Kampung Tinagian, Aziz Linggam dan Pegawai-pegawai Kanan ESSCOM.

Wan Abdul Bari berkata, komunikasi yang efektif, cepat dan pantas antara pasukan keselamatan dengan pengusaha bot adalah elemen penting yang perlu diberi perhatian supaya sebarang tindakan dan bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan cepat dan di lokasi yang tepat. 

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama semua pihak agar melaporkan dengan segera kepada ESSCOM ditalian 089-863181 sekiranya ternampak kelibat individu-individu atau bot-bot tertentu yang tidak dikenali berada di kawasan perkampungan untuk tindakan lanjut termasuk membuat pemeriksaan mengejut bagi menghindari sebarang kejadian kes culik daripada berlaku.

Program turun padang ESSCOM berkenaan bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara Pegawai tertinggi ESSCOM dengan penduduk setempat, selain mendapatkan maklum balas mengenai isu-isu keselamatan yang dihadapi oleh penduduk tempatan di kawasan berkenaan agar dapat ditangani dengan lebih berkesan.












Khamis, 23 Februari 2017

KENINGAU | Guru, 2 pelajar terkena merkuri


KENINGAU : Seorang Guru dan dua pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Ken Hwa dikejarkan ke hospital selepas dipercayai terkena cecair merkuri daripada alat termometer yang pecah semasa melakukan eksperimen di makmal sekolah pagi tersebut pagi tadi.

Sumber Bomba memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9. 46 pagi sebelum menghantar lapan anggota bersama dua buah jentera ke sekolah berkenaan. 

"Pasukan Bomba melakukan pembersihan menggunakan serbuk sulfur selain mengumpul sisa-sisa merkuri sebelum dilupuskan di tempat yang selamat," katanya. 










TAWAU | LELAKI MAUT MOTOSIKAL BERTEMBUNG PACUAN EMPAT RODA

Lelaki maut motosikal bertembung pacuan empat roda

Oleh : Qaulan Jadid

TAWAU : Seorang penunggang motosikal maut manakala rakanya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki merempuh sebuah pacuan empat roda berhampiran simpang Taman Joo Hwa, Jalan Bunga Raya, dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian pada 7.30 malam itu, Mohammad Kaharruddin Darwis, 24, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital, manakala rakannya Mazlan Jan, 22, mengalami kecederaan parah pada bahagian tulang pinggul.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komioner Fadil Marsus berkata, semasa kejadian pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Batu 3 Jalan Apas menuju ke rumahnya di Taman Joo Hwa.

"Apabila sampai di simpang Tmn Joo Hwa, semasa pemandu membelok hendak masuk simpang tiba-tiba telah terlanggar  motosikal yang dinaiki mangsa yang datang dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan tersebut penunggang dan pembonceng motosikal mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Tawau manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata, mangsa (Mohammad Kaharruddin) bagaimanapun disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital Tawau kira-kira jam 10.05 malam manakala pemboceng motosikal yang parah juga dirawat di hospital sama.

"Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pacuan empat roda yang cuai masuk ke simpang sehingga menyebabkan kemalangan dan
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.






Rabu, 22 Februari 2017

TAWAU | WANITA BERANAK DALAM BOT

TAWAU | WANITA BERANAK DALAM BOT

by: Qaulan Jadid

TAWAU : Seorang wanita berdepan detik cemas selepas terpaksa melahirkan anak di dalam bot berhampiran kawasan jeti Batu-batu dekat sini, dipercayai kerana tidak sempat sampai ke hospital disini petang tadi.

Bagaimanapun, tindakan pantas Unit Kecemasan Hospital Tawau yang sampai di kawasan Batu-Batu telah bersiap sedia menyambut kedua-dua ibu dan bayi tersebut sebelum dikejarkan ke hospital kira-kira 4.55 petang. 

Difahamkan wanita terbabit menaiki bot dari Kampung Sungai Tongkang, di Pulau Sebatik yang mengambil masa hampir tiga puluh minit sebelum sampai di kawasan pendaratan Batu-batu, dekat sini. 

Sebelum ini, kawasan Batu-batu begitu sinonim sebagai tempat pendaratan hasil pertanian selain menjadi tempat penduduk dari Pulau Sebatik keluar dan masuk ke tanah besar Tawau sebelum dipindahkan ke jeti CIQ lama yang terletak berhampiran selepas pembukaan Terminal Feri yang baharu. 

Kawasan Batu-Batu kemudiannya telah ditutup susulan pendedahan media Indonesia yang mendakwa lokasi itu menjadi tempat pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke daerah ini secara haram.

~Kakitangan Unit Kecemasan Hospital Tawau, bersiap sedia menyambut kelahiran bayi sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut~



Malang Tak Berbau


Selasa, 21 Februari 2017

TULAR | Suspek ragut dicekup polis


By : Qaulan Jadid

TAWAU : Seorang lelaki yang disyaki terbabit dengan kejadian ragut di kawasan Fajar, dekat sini di tahan polis tengahari tadi.

Menerusi perkongsian gambar di applikasi Wassap dan FB, suspek dipercayai dicekup orang ramai sebelum pihak polis tiba di lokasi kejadian.

Walau bagaimanapun, sumber polis memberitahu suspek ditangkap berkaitan kes pecah kedai makan di Komplek Sukan Tawau.

Tangakapan saspek berdasarkan rakaman kamera lita tertutup (CCTV) yang diperolehi di tempat kejadian.

KEBAKARAN|2 RUMAH MUSNAH DI SANDAKAN

By : Qaulan Jadid

SANDAKAN : Dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Kg Garinono, Jln Batu 25, dekat sini tengahari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.31 tengahari itu, kebakaran turut memusnahkan sebuah kenderaan jenis Nissan Frontier manakala seorang mangsa cedera di bahagian tangan ketika cuba menyelamatkan diri daripada kebakaran tersebut.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.31 tengahari sebelum sepasukan 21 anggota bersama tiga buah jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran dapat dikawal kira-kira 30 minit sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 2. 48 petang," katanya.


POLIS KUNAK TAHAN 2 LELAKI MILIKI ROKOK SELUDUP

Oleh : Qaulan Jadid | Jenayah: Dalam Negeri

KUNAK : Polis berjaya merampas 10,140 bungkus rokok seludup bernilai RM90,000 dan menahan dua lelaki dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kadazan, dekat sini awal pagi tadi. 

Kedua-dua suspek masing-masing seorang warga tempatan dan warga Filipina berumur 25 dan 67 itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak. 

Operasi yang diketuai Asisten Superintendan Abbas Saud dan Ketua Bahagian Pelesenan IPD Kunak, Inspektor Edriansyah Saita itu bermula pada jam 2.45 pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Kunak, Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata dalam serbuan itu, polis menjumpai sejumlah rokok yang disyaki belum dibayar cukai kastam disembunyikan dalam dua kereta di garaj rumah terbabit. 

"Selepas diperiksa, kedua-dua kenderaan itu sarat dengan muatan rokok seludup antaranya 4,940 bungkus rokok jenama Surya, 4,600 bungkus rokok Premium dan 600 bungkus rokok berjenama LA," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pagi ini.  

Nasarudin berkata, kedua-dua suspek direman, manakala kenderaan dan barang rampasan dibawa ke balai polis daerah untuk siasatan lanjut.  

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai terus menyalurkan maklumat berhubung aktiviti jenayah di daerah ini kepada polis agar tindakan segera dapat diambil.

Sumber : BH Online

Isnin, 20 Februari 2017

Oleh : QJ | Kemalangan Maut

TAWAU : Seorang anggota tentera berpangkat koperal dan seorang wanita  maut selepas kereta pacuan empat roda dinaiki terbabas dan terbalik sebelum jatuh ke dalam gaung di KM 7 Jalan Merotai-Dumpas dekat sini malam tadi.

Mangsa Yusop Yaris, 44, dari Markas Angkatan Bersama (ATB) Kem Kukusan Tawau meninggal dunia di tempat kejadian manakala Morni Sirat, 57, (Penumpang bahagian belakang pemandu) meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata dalam kejadian jam 9.20 itu, kenderaan terbabit dipercayai dalam perjalanan dari Lawas menghala ke bandar Tawau dengan membawa 6 penumpang termasuk seorang kanak-kanak berumur tiga tahun.

"Siasatan awal mendapati kereta jenis Isuzu D-Max yang dipandu anggota tentera tersebut hilang kawalan dan terbabas ke sebelah kanan jalan lalu terbalik sebelum jatuh ke dalam gaung.

"Akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan manakala empat lagi mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam satu kenyataan disini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Pix : keadaan kenderaan yang dinaiki mangsa selepas terjunam ke dalam gaung dalam kemalangan di Km7 Jalan Merotai-Dumpas kira-kira 9. 20 malam tadi.