by: Qaulan Jadid
TAWAU : Seorang wanita berdepan detik cemas selepas terpaksa melahirkan anak di dalam bot berhampiran kawasan jeti Batu-batu dekat sini, dipercayai kerana tidak sempat sampai ke hospital disini petang tadi.
Bagaimanapun, tindakan pantas Unit Kecemasan Hospital Tawau yang sampai di kawasan Batu-Batu telah bersiap sedia menyambut kedua-dua ibu dan bayi tersebut sebelum dikejarkan ke hospital kira-kira 4.55 petang.
Difahamkan wanita terbabit menaiki bot dari Kampung Sungai Tongkang, di Pulau Sebatik yang mengambil masa hampir tiga puluh minit sebelum sampai di kawasan pendaratan Batu-batu, dekat sini.
Sebelum ini, kawasan Batu-batu begitu sinonim sebagai tempat pendaratan hasil pertanian selain menjadi tempat penduduk dari Pulau Sebatik keluar dan masuk ke tanah besar Tawau sebelum dipindahkan ke jeti CIQ lama yang terletak berhampiran selepas pembukaan Terminal Feri yang baharu.
Kawasan Batu-Batu kemudiannya telah ditutup susulan pendedahan media Indonesia yang mendakwa lokasi itu menjadi tempat pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke daerah ini secara haram.
~Kakitangan Unit Kecemasan Hospital Tawau, bersiap sedia menyambut kelahiran bayi sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan