Oleh : Qaulan Jadid
TAWAU : Seorang penunggang motosikal maut manakala rakanya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki merempuh sebuah pacuan empat roda berhampiran simpang Taman Joo Hwa, Jalan Bunga Raya, dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian pada 7.30 malam itu, Mohammad Kaharruddin Darwis, 24, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital, manakala rakannya Mazlan Jan, 22, mengalami kecederaan parah pada bahagian tulang pinggul.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komioner Fadil Marsus berkata, semasa kejadian pemandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah Batu 3 Jalan Apas menuju ke rumahnya di Taman Joo Hwa.
"Apabila sampai di simpang Tmn Joo Hwa, semasa pemandu membelok hendak masuk simpang tiba-tiba telah terlanggar motosikal yang dinaiki mangsa yang datang dari arah bertentangan.
"Akibat kemalangan tersebut penunggang dan pembonceng motosikal mengalami cedera parah dan dibawa ke Hospital Tawau manakala pemandu pacuan empat roda tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Fadil berkata, mangsa (Mohammad Kaharruddin) bagaimanapun disahkan meninggal dunia di wad kecemasan hospital Tawau kira-kira jam 10.05 malam manakala pemboceng motosikal yang parah juga dirawat di hospital sama.
"Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pacuan empat roda yang cuai masuk ke simpang sehingga menyebabkan kemalangan dan
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan