Isnin, 20 Mac 2017

Siasatan pelajar dakwa dicabul doktor gigi selesai

TAWAU: Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung seorang doktor gigi yang didakwa mencabul enam pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini, Jumaat lalu. 



Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata pihaknya sudah mengambil keterangan semua individu yang terbabit dalam kes berkenaan. 

"Kertas siasatan sudah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya, terpulang kepada mereka untuk menentukan tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Fadil berkata, suspek dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh reman tiga hari berakhir hari ini. 

Jumaat lalu, polis menahan seorang doktor gigi selepas enam keluarga mangsa membuat laporan polis mendakwa anak perempuan mereka dicabul ketika mendapatkan rawatan di klinik gigi sekolah. 

Suspek berusia 26 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Tawau pada jam 2.30 petang hari yang sama ketika dipercayai cuba berlepas ke Kuala Lumpur. - BH Online





© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve



Sabtu, 18 Mac 2017

APMM tahan 5 PATI warga Filipina

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau mengagalkan cubaan lima lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina yang cuba menyusup masuk secara haram ke daerah ini melalui perairan Tinagat awal pagi tadi.



Pengarah Maritim Daerah (PMD), APMM DM18 Tawau, Kepten Maritim Romli Mustafa, berkata kesemua PATI yang berumur antara 17 hingga 51 tahun itu ditahan dalam sebuah bot pam di kawasan perairan berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Anggota APMM yang sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar lokasi berkenaan telah mengesan bot pam yang mencurigakan dipercayai dari Pulau Sitangkai Filipina sedang menuju ke kawasan perairan Batu 4, dekat sini.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang juragan bersama empat penumpang di atas bot pam berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti APMM untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.




© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Rabu, 15 Mac 2017

Polis Marin gagalkan cubaan seludup barang kawalan

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menggagalkan cubaan seorang lelaki menyeludup keluar barang-barang kawalan di kawasan perairan Laut Singamata di sini, petang semalam.


Pegawai Memerintah Markas Operasi (PPM) Wilayah Empat Semporna, Asisten Supretendan Safardi Abd Samad, berkata suspek seorang lelaki warga Filipina berumur 25 tahun berasal dari Pulau Omadal ditahan dalam satu ops tugas khas di kawasan itu pada jam 5.10 petang.

"Suspek menggunakan sebuah perahu yang dikesan dalam keadaan mencurigakan sebelum ditahan untuk pemeriksaan oleh anggota PPM.

"Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati perahu tersebut sarat dengan muatan sejumlah minyak masak paket RM1 (204 kg) dan tepung gandum (72 paket) dipercayai cuba diseludup untuk dipasarkan di negara jiran," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek tidak mempunyai permit sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membawa barangan kawalan terbabit.

"Kesemua barang yang dirampas termasuk petahu dan enjin sangkut yang dianggarkan bernilai RM16,289.60 dibawa ke pangkalan PPM Semporna untuk disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana kesalahan membawa barang kawalan tanpa permit," katanya.




© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Selasa, 14 Mac 2017

45 rumah musnah, kebakaran di Likas

KOTA KINABALU : Sebanyak 45 buah rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Muhibbah Likas dekat sini pagi tadi.


Pegawai Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata, kebakaran dipercyai bermula kira-kira jam 8.00 pagi itu melibatkan rumah setinggan yang terbakar sepenuhnya.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak 50 minit kemudian selain menyelamatkan 30 buah rumah daripada musnah terbakar.

"Terdapat seorang mangsa melecur dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulan," katanya.




© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Isnin, 13 Mac 2017

Syarikat pembinaan dikesan curi air

TAWAU : Sebuah syarikat pembinaan dikesan melakukan kegiatan mencuri air dalam satu serbuan di sebuah tapak pembinaan bangunan di Jalan Damai dekat sini, pagi tadi.

ANGGOTA penguatkuasa Jabatan Air Bahagian Tawau                                   melakukan operasi pemotongan sambungan air di sebuah                               kawasan tapak pembinaan di Jalan Damai dekat sini pagi tadi.




Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan dilakukan Unit Penguatkuasa Jabatan Air Bahagian Tawau kira-kira jam 10.00 pagi sebelum menemui satu sambungan yang dilakukan secara haram dari paip utama bagi kegunaan projek pembinaan bangunan di kawasan berkenaan.



Jurutera Air Bahagian Tawau, Ishar Hamka Ismail berkata, 'Ops Kesan' minggu ke-3 itu menumpukan 'pembersihan' penyambungan haram yang tidak mengikut peraturan terutama di premis-premis, kebun-kebun dan tapak - tapak pembinaan di sekitar daerah ini.

“Syarikat pembinaan tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM15,000.00 di bawah Seksyen 49(b) Enakman Bekalan Air 2003.

“Tindakan tegas ini merupakan salah satu langkah berterusan dalam mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW),” katanya.


Dalam pada itu, Ishar turut menegaskan agar semua pengguna dapat mematuhi undang-undang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan dengan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan.

"Juteru kita mohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kes-kes kecurian air seperti ini dan sebarang aduan boleh dilaporkan terus melalui talian Pusat Khidmat Pelanggan Jabatan Air Tawau di 019 535 4600," katanya.



© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Jumaat, 10 Mac 2017

ESSCOM tahan 5 Pati, 17 buah bot

LAHAD DATU : Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 17 buah bot yang disyaki menangkap hasil laut menggunakan pukat tiga lapis dalam pelbagai operasi di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) sepanjang minggu lalu.


Komander ESSCOM, Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini berkata kesemua pati yang berumur dalam lingkungan 14-62 tahun ditahan di daerah Semporna ketika memasuki perairan negara ini secara haram menggunakan bot penambang.

“Mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan kes akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

"Sementara itu, 17 buah bot ditahan di kawasan perairan Pulau Berhala dan Tinusa, Sandakan kerana menangkap udang menggunakan pukat tiga lapis iaitu kesalahan dibawah Seksyen 11(3)(b) Akta Perikanan 1985”, katanya.

Wan Abdul Bari berkata, selain bot turut dirampas 16 buah enjin sangkut jenama Yamaha 15hp dan sebuah enjin 30hp yang digunakan dalam kegiatan berkenaan yang dianggarkan bernilai RM149,000.00.



© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Rabu, 8 Mac 2017

Polis tahan 27 individu terbabit dadah

TAWAU :  Polis menahan 27 individu termasuk enam wanita kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di beberapa lokasi berasingan malam tadi.


Gerak Gempur Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah membuat serbuan di kawasan Taman Bahagia, Felda Umas Kalabakan, Kampung Autentik Tanjung Batu dan Pusat Komersil Ba Zhong dekat sini bermula kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata dalam operasi itu seramai 88 individu telah diperiksa sementara yang ditahan adalah warga asing dan tempatan berumur antara 16 hingga 48 tahun.

Katanya, kesemua mereka ditangkap atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu selain dengan sengaja memasukkan dadah kedalam pada tubuh badan sendiri. 

"Polis turut merampas 38 peket plastik pelbagai saiz yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 16.82 gram dipercayai untuk kegiatan penagihan dadah.

"Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. 



© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Warga emas rentung dalam kebakaran

RANAU : Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di rumahnya di Kampung Betong Karagasan, dekat sini awal pagi tadi.


Mangsa dikenali sebagai Bangkawat Ingkiran, 81, ditemui rentung oleh sepasukan anggota bomba yang terlibat dalam operasi itu.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, Bomba menerima panggilan kira-kira jam 1.23 pagi sebelum sepasukan anggota Balai Bomba Ranau digerakkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik bomba tiba di tempat kejadian, keseluruhan rumah sudah hangus terbakar," katanya



© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve



Selasa, 7 Mac 2017

Buruh maut dihempap besi

SANDAKAN : Seorang buruh binaan warga India maut selepas dihempap plat besi ketika sedang membuat kerja-kerja pembinaan kuasa hidro di Batu 20, dekat sini, petang tadi.



Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu rakan mangsa turut berada di tapak pembinaan tersebut sebelum terdengar objek jatuh dari tempat tinggi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mangsa dikenali sebagai Sona Mahto, telah di keluarkan oleh pekerja pembinaan sebelum pasukan Bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 5.06 petang.

"Mangsa kemudiannya di sahkan meninggal dunia dan serahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut," katanya.




© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve


ESSCOM gagalkan cubaan rompak kapal dagang

LAHAD DATU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menggagalkan cubaan rompak dan rampas sebuah kapal dagang milik Vietnam berhampiran kawasan perairan Pulau Boan, Filipina, pada petang Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.00 petang itu, kapal dagang MV Phu An 268 yang sedang dalam pelayaran berhampiran Pulau Boan, Filipina telah diekori dan cuba dipintas sebuah bot laju dinaiki enam orang dalam keadaan mencurigakan.



Kapten kapal kemudiannya cuba meningkatkan kelajuan dan mengubah haluan ke perairan Malaysia sebelum menghubungi dan mendapatkan bantuan ESSCOM melalui saluran 16. 

Komander ESSCOM, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata, ESSCOM telah mengesan isyarat kecemasan melalui perhubungan radio di saluran 16 daripada Kapal Dagang MV Phu An 268 milik Vietnam, kira-kira jam 4 petang. 

"Susulan itu, ESSCOM mengatur gerak bot dan kapal KD Sri Tiga ke perairan sempadan untuk mengesan dan seterusnya mengiringi kapal dagang ke pelabuhan Sandakan dengan selamat," katanya dalam satu kenyataan disini. 

Wan Abdul Bari berkata, tindakan pantas kapten kapal dagang menggunakan saluran 16 (channel 16), membolehkan pasukan keselamatan mengatur gerak aset di laut bagi menggagalkan cubaan rompakan atau penculikan. 

Sehubungan itu, beliu menggesa supaya golongan nelayan khasnya memasang radio saluran 16 selain Sistem Pengesanan Automatik (AIS) dalam kapal mereka bagi memudahkan bantuan atau melaporkan sebarang keadaan yang mencurigakan kepada ESSCOM," katanya.




© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Isnin, 6 Mac 2017

Pelancong China lemas di Pulau Sipadan

SEMPORNA : Seorang pelancong lelaki warga China lemas ketika menyertai aktiviti menyelam di kawasan Barracuda Point berhampiran pesisir pantai Pulau Sipadan, dekat sini, pagi semalam.


Mangsa Ng Chi Ming, 53, difahamkan bersama sekumpulan pelancong seramai 11 orang menjalankan akitiviti menyelam dikawasan perairan tersebut kira-kira jam 6.44 pagi.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Peter Umbuas berkata, mangsa bagaimanapun telah disedari hilang dari kumpulan penyelam selepas sepuluh minit menyelam di kawasan berkenaan sebelum pencarian dilakukan.

"Pihak Taman-Taman Sabah yang menerima laporan mengenai kejadian itu kemudiannya telah meminta bantuan pasukan tentera bersama pasukan Markas Angkatan Bersama (ATB2) dan membuat pencarian di kawasan permukaan air di kawasan pulau tersebut.

"Mayat mangsa kemudiannya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri tidak jauh dari lokasi menyelam kira-kira jam 8.55 pagi, " katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Peter, bantuan pernafasan telah diberikan namun tiada reaksi daripada mangsa sehingga dibawa ke hospital sebelum disahkan telah meningga dunia.

Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke rumah mayat Hospital Tawau untuk tujuan bedah siasat. 

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengujut,"katanya


© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Sabtu, 4 Mac 2017

APMM rampas barang kawalan RM120,000.00

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) DM18 Tawau menggagalkan cubaan menyeludup keluar barang-barang kawalan dianggarkan bernilai RM120,000.00 dalam tiga rampasan berasingan petang semalam. 

Antara yang dirampas termasuklah 97 tong gas petroleum cecair (LPG), 3020  kilogram minyak masak, 2760 kilogram gula pasir, 2400 kilogram tepung gandum dan 490 kilogram beras. 

Timbalan Pengarah (Operasi), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau, Komander Maritim Romli Mustafa, berkata barangan kawalan terbabit dirampas daripada sebuah bot jongkong yang diperiksa sepasukan anggota APMM di perairan Tanjung Batu Log Pond, pada pukul 6.30 petang.

"Pemeriksaan lanjut kemudiannya mendapati bot jongkong yang sarat dengan muatan barang-barang kawalan tersebut cuba diseludup keluar ke negara jiran Indonesia melalui Pulau Sebatik,"

"Selain itu, juragan bot didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen atau permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk membawa keluar barang kawalan berkenaan," katanya kepada pemberita pada Sidang Media di Ibu Pejabat APMM di sini sebentar tadi.


Jumaat, 3 Mac 2017

Curi kayu, 2 lelaki ditahan polis

TAWAU : Dua lelaki warga asing ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan kes curi kayu belian milik seorang peniaga di Batu 6 Jalan Apas dekat sini malam tadi.


Difahamkan peniaga tersebut sebelum ini telah beberapa kali kehilangan hampir 120 batang kayu belian bernilai kira-kira RM48,000.00 dipercayai dicuri sebelum membuat laporan polis pada 3.30 petang semalam.

Susulan daripada laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota IPD Tawau telah menjalankan OPS bersepadu dan telah membuat serbuan dan menangkao dua lelaki yang berada didalam sebuah lori jenis NISSAN berwarna merah di kawasan Jalan Apas kira-kira jam 8.15 malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kedua-dua suspek masing-masing berumur 30 dan 45 tahun itu juga didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

"Pemeriksaan keatas lori kemudiannya menjumpai tiga batang kayu yang disyaki dicuri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fadil berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati salah seorang suspek didapati positif dadah. 

"Kedua-dua suspek telah ditahan reman dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun dengan denda atau kedua-duanya," katanya.

Khamis, 2 Mac 2017

Polis tahan suspek samun di Taman Miramas, Semporna

SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyakai suspek dalam cubaan melakukan rompakan sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Miramas, dekat sini tengahari semalam.


Ketua Polis Daerah Semporna, Supretendan Peter Anak Umbuas berkata bertindak atas maklumat dan risikan polis,  sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, (JSJ) IPD Semporna kemudiannya telah berjaya menahan suspek di kawasan pekan dekat sini kira-kira jam 1.20 tengahari.

“Polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Produa Kancil berwarna ungu yang digunakan oleh saspek semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan disini.

Menurut beliau lagi, dalam kejadian kira-kira 2.05 pagi pada Isnin, seorang guru wanita berusia 27 tahun berdepan detik cemas apabila nyaris ditikam oleh  seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya.

Katanya ketika kejadian, mangsa turut bergelut dengan suspek dan mengalami kecederaan ringan pada bahagian perut sebelum sempat lari menyelamatkan diri menggunakan pintu di tingkat atas rumah tersebut.

"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.

Rabu, 1 Mac 2017

Lelaki ditemui rentung dalam kebakaran

KUDAT : Seorang lelaki ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah panjang di Kampung Nangka, Matunggong dekat sini tenghari tadi.

Setakat ini, identiti mangsa bagaimanapun belum dikenalpasi dan siasatan masih dijalankan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 1.06 tengahari sebelum dua buah jentera bersama 13 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran melibatkan 12 pintu rumah panjang Jenis tidak kekal dan anggaran keluasan keseluruhan 168 x 24 kaki terbakar 100%. Punca kebakaran masih disiasat," katanya.