Sabtu, 18 Mac 2017

APMM tahan 5 PATI warga Filipina

TAWAU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau mengagalkan cubaan lima lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) Filipina yang cuba menyusup masuk secara haram ke daerah ini melalui perairan Tinagat awal pagi tadi.



Pengarah Maritim Daerah (PMD), APMM DM18 Tawau, Kepten Maritim Romli Mustafa, berkata kesemua PATI yang berumur antara 17 hingga 51 tahun itu ditahan dalam sebuah bot pam di kawasan perairan berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi.

“Anggota APMM yang sedang menjalankan tugas rondaan di sekitar lokasi berkenaan telah mengesan bot pam yang mencurigakan dipercayai dari Pulau Sitangkai Filipina sedang menuju ke kawasan perairan Batu 4, dekat sini.

“Pemeriksaan mendapati terdapat seorang juragan bersama empat penumpang di atas bot pam berkenaan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata kesemua yang ditahan kemudiannya dibawa ke jeti APMM untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.




© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Tiada ulasan:

Catat Ulasan