SEMPORNA: Polis menahan seorang lelaki tempatan disyakai suspek dalam cubaan melakukan rompakan sehingga mendatangkan kecederaan kepada seorang wanita dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Miramas, dekat sini tengahari semalam.
Ketua Polis Daerah Semporna, Supretendan Peter Anak Umbuas berkata bertindak atas maklumat dan risikan polis, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, (JSJ) IPD Semporna kemudiannya telah berjaya menahan suspek di kawasan pekan dekat sini kira-kira jam 1.20 tengahari.
“Polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Produa Kancil berwarna ungu yang digunakan oleh saspek semasa kejadian,” katanya dalam satu kenyataan disini.
Menurut beliau lagi, dalam kejadian kira-kira 2.05 pagi pada Isnin, seorang guru wanita berusia 27 tahun berdepan detik cemas apabila nyaris ditikam oleh seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya.
Katanya ketika kejadian, mangsa turut bergelut dengan suspek dan mengalami kecederaan ringan pada bahagian perut sebelum sempat lari menyelamatkan diri menggunakan pintu di tingkat atas rumah tersebut.
"Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan