TAWAU : Dua lelaki warga asing ditahan polis kerana disyaki terbabit dengan kes curi kayu belian milik seorang peniaga di Batu 6 Jalan Apas dekat sini malam tadi.
Difahamkan peniaga tersebut sebelum ini telah beberapa kali kehilangan hampir 120 batang kayu belian bernilai kira-kira RM48,000.00 dipercayai dicuri sebelum membuat laporan polis pada 3.30 petang semalam.
Susulan daripada laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota IPD Tawau telah menjalankan OPS bersepadu dan telah membuat serbuan dan menangkao dua lelaki yang berada didalam sebuah lori jenis NISSAN berwarna merah di kawasan Jalan Apas kira-kira jam 8.15 malam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, kedua-dua suspek masing-masing berumur 30 dan 45 tahun itu juga didapati tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.
"Pemeriksaan keatas lori kemudiannya menjumpai tiga batang kayu yang disyaki dicuri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Fadil berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati salah seorang suspek didapati positif dadah.
"Kedua-dua suspek telah ditahan reman dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 7 tahun dengan denda atau kedua-duanya," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan