TAWAU : Polis menahan 27 individu termasuk enam wanita kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan di beberapa lokasi berasingan malam tadi.
Gerak Gempur Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh sepasukan anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau telah membuat serbuan di kawasan Taman Bahagia, Felda Umas Kalabakan, Kampung Autentik Tanjung Batu dan Pusat Komersil Ba Zhong dekat sini bermula kira-kira jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata dalam operasi itu seramai 88 individu telah diperiksa sementara yang ditahan adalah warga asing dan tempatan berumur antara 16 hingga 48 tahun.
Katanya, kesemua mereka ditangkap atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu selain dengan sengaja memasukkan dadah kedalam pada tubuh badan sendiri.
"Polis turut merampas 38 peket plastik pelbagai saiz yang disyaki mengandungi dadah jenis syabu seberat 16.82 gram dipercayai untuk kegiatan penagihan dadah.
"Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke IPD Tawau untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1), Seksyen 12(2) dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve
Tiada ulasan:
Catat Ulasan