Isnin, 13 Mac 2017

Syarikat pembinaan dikesan curi air

TAWAU : Sebuah syarikat pembinaan dikesan melakukan kegiatan mencuri air dalam satu serbuan di sebuah tapak pembinaan bangunan di Jalan Damai dekat sini, pagi tadi.

ANGGOTA penguatkuasa Jabatan Air Bahagian Tawau                                   melakukan operasi pemotongan sambungan air di sebuah                               kawasan tapak pembinaan di Jalan Damai dekat sini pagi tadi.




Kegiatan itu terbongkar susulan serbuan dilakukan Unit Penguatkuasa Jabatan Air Bahagian Tawau kira-kira jam 10.00 pagi sebelum menemui satu sambungan yang dilakukan secara haram dari paip utama bagi kegunaan projek pembinaan bangunan di kawasan berkenaan.



Jurutera Air Bahagian Tawau, Ishar Hamka Ismail berkata, 'Ops Kesan' minggu ke-3 itu menumpukan 'pembersihan' penyambungan haram yang tidak mengikut peraturan terutama di premis-premis, kebun-kebun dan tapak - tapak pembinaan di sekitar daerah ini.

“Syarikat pembinaan tersebut telah dikenakan kompaun sebanyak RM15,000.00 di bawah Seksyen 49(b) Enakman Bekalan Air 2003.

“Tindakan tegas ini merupakan salah satu langkah berterusan dalam mengurangkan kadar kehilangan air tidak berhasil (NRW),” katanya.


Dalam pada itu, Ishar turut menegaskan agar semua pengguna dapat mematuhi undang-undang sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Enakmen Bekalan Air 2003 atau berdepan dengan denda yang berat jika didapati melakukan kesalahan.

"Juteru kita mohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kes-kes kecurian air seperti ini dan sebarang aduan boleh dilaporkan terus melalui talian Pusat Khidmat Pelanggan Jabatan Air Tawau di 019 535 4600," katanya.



© 2017. SABAH CRIME NEWS | All rights reserve

Tiada ulasan:

Catat Ulasan